Batu Caves
Dah tajuk pon Batu Caves, sudah semestinya la aku dan yasz amzah panjat Batu Caves kan..hurrmmm, jangan salah sangka ekk..kami tau di sana adalah kuil bagi kaum hindu tapi kami pergi tidak mempunyai niat apa-apa selain untuk melihat suasana di sana..lepas kami siap beraktiviti di FRIM, kami meneruskan perjalanan ke Batu Caves pula..ramainye la org..bermacam-macam jenis manusia ada di sana, bukan org india sahaja..pemandangan di sini cukup menarik..yang betul-betul menarik perhatian saya adalah struktur gua batu kapur di situ..Subhanallah, cantik betul..ni la keseronokan bila buat outdoor activity, kita dapat melihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa..terasa kerdil diri ini bila tengok kekuasaan Nya..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
No comments:
Post a Comment