Sunday, May 12, 2013

Projek pertamaku dengan mesin jahit baru

Dah hampir sebulan saya beli mesin jahit baru, tadi baru update pasal mesin jahit.huhuhuhu~~~..sekarang nak update projek pertama saya dengan mesin jahit kesayangan saya tu.hihihihi..Dah hampir sebulan beli, semalam baru saya guna mesin jahit tu. Itu pon setelah secara tidak sengaja jumpa kain yang saya cari selama ini. Ceritanya bermula apabila saya temankan seorang sahabat pergi ke kedai-kedai di area Jalan TAR mencari barang-barang untuk majlis perkahwinan beliau pada bulan September ini. Setelah puas masuk Sayang U dan Bunga Reben, kami ke Nagoya yang terletak berhadapan dengan Hanifa Store.

Masuk je Nagoya, umak aiiiii ramainya la orang membeli kain. Mungkin membeli kain bagi persiapan untuk raya yang bakal menjelang lagi beberapa bulan je lagi(korang dah habis ganti puasa lom??? Ramadhan tak lama je lagi ni..;)). Ditambah pula Nagoya tengah buat jualan murah, lagi lah ramai orang berpusu-pusu membeli kain, tak gitu???hihihihi~~~..Saya yang hanya temankan sahabat tadi pon masok lah kedai tanpa ada keinginan untuk membeli kain pon. Tiba-tiba bila pergi ke ruang belakang kedai, saya terlihat kain corak yang saya cari-cari selama ini. Apa lagi teruslah bertanya dengan jurujual harga kain tersebut dan berapa meter kain yang saya perlukan kalau saya nak buat bedsheet & pillow case. Menurut kata jurujual tu, untuk buat single bedsheet, saya perlukan dalam 2 meter setengah kain dan semeter kain untuk buat pillow case. Tanpa melengah-lengahkan masa dan semangat yang meluap-luap untuk menjahit buat pertama kalinya, saya pon beli kain tersebut sebanyak 3 meter setengah.


Inilah kain saya beli tuuu..

Sampai je di rumah, saya terus buat ukuran dan mula buka mesin jahit. Di sebabkan saya tiada pengalaman menjahit sangat, nak tarik benang dari sekuci adalah masalah terbesar yang saya hadapi semalam. Menguji tahap kesabaran saya betol. Saya tak tahu di mana silapnya sampai saya susah sangat nak tarik benang dari sekuci ke atas.huhuhuhu..Alhamdulillah setelah spent masa beberapa minit, akhirnya berjaya juga..apa lagi, terus menjahit dengan semangatnya laa..hahahaha...

Saya baru dapat jahit bedsheet je. Itu pon belum habis lagi menjahit. Saya perlu beli getah & jahit tepi sikit. Nak Jahit bedsheet ni pada saya tak susah mana. Tapi permulaan tu, memang agak mencabar la apetah lagi saya tiada pengalaman menjahit bedsheet. Saya cuma ada pengalaman menjahit baju kurung je. Itu pon 4 helai jer..huhuhuhu~~~

Taraaaa.....

Inilah hasilnya..cadar single fitted saya.Walaupon belum betol-betol sempurna sebab belum dijahit dengan getah tapi hati rasa sedikit puas melihat hasil kerja tangan sendiri dan tak perlu spent banyak duit. Cuma perlu beli kain, getah dan benang.

jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

Mesin jahit baru

Setelah sekian lama mendiamkan diri, now i'm backkkk..hihihihi~~~. Dah ada lappy baru, bolehlah rajin-rajinkan diri meng'update' blog saya ni. Tapi semuanya ikut mood juga.huhuhuhu~~~ ok, back to our topic, saya baru je membeli mesin jahit baru.Yeeeaaayyyyyy!!!~~~... alaaa jenama biasa-biasa je..cukup la untuk saya buat belajar menjahit.

Di sini saya sertakan gambar dan sedikit info berkaitan harga mesin jahit ni. Mesin jahit saya ni berjenama Singer model 2250. Ia memiliki 10 jenis corak (jahitan lurus, jahitan zig-zag, jahitan lubang butang dan macam-macam lagi..boleh la rujuk pada gambar pada tombol yang tertera huruf S tu yer.). Harga mesin ni, kalau beli secara tunai Rm700 namun begitu kalau beli dengan Singer, kita boleh buat bayaran secara ansuran tau..(saya pon tak tahu selama ni di Singer kita boleh membuat bayaran secara ansuran tapi kalau ada tunai saya lebih mengesyorkan anda membeli secara tunai, lebih jimat.)

Buat mereka yang tiada pengalaman menjahit & berniat untuk belajar menjahit, saya syorkan anda beli mesin jahit ni. Boleh la buat jahit dan mencuba palbagai jenis jahitan. Nanti saya update lagi ye hasil jahitan pertama saya dan kalau berkesempatan saya update sekali cara untuk menjahit..In Shaa Allah.

jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

Monday, August 6, 2012

Ramadhan yang lebih bertenaga

Assalamualaikum & apa khabar semua... dah lama rasanya tak berblogging ~hehehehehe... rindu pula rasanya nak meluahkan apa yang tersirat di hati, boleh??? hari ni genap 17 hari semua umat Islam di Malaysia berpuasa..oh!!! hampir terlupa Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam...semoga kita semua mendapat keberkatan di dalam Ramadhan ini. Macam mana semua Ramadhan tahun ini??? Adakah lebih baik dari tahun lepas @ sebaliknya??? Bagi saya, tahun ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya... kalau tahun-tahun sebelum ini, saya lebih leka dengan urusan keduniaan, Alhamdulillah pada tahun ini saya lebih menyibukkan diri dengan menambah amalan2 yang lebih mendekatkan diri pada Nya..bukan nak riak @ menunujuk2 tapi hanya ingin berkongsi dengan kawan2 di luar sana..jangan fikir saya saje nak menunjuk pula tau..~huhuhuhuhu..
Mengikut pengalaman saya yang telah lepas, setiap kali Ramadhan saya begitu tidak bertenaga..senang cakap lemah, melepek nak tidur jer(mengalahkan budak2 berpuasa pulak kan???~hahahahah)..tapi Alhamdulillah kali ni saya lebih bersemangat untuk bekerja, lebih bertenaga gitu...~kihkihkih..nak tahu rahsia saya??? meh dekat..meh dekat sket.. ;p kalau sebelum2 ni, setiap kali bersahur saya hanya menikmati semug milo(almaklumla pagi2 mana ada selera nak makan nasi...~huhuhuh) dan sekeping roti, tapi tahun ni, waktu bersahur adalah waktu yang ditunggu2..sebab saya begitu suka menikmati Shaklee Cinch Cafe Latte Shake Mix & Shaklee Energy Tea..~~~yummmmyyyyyyyyy...2 minuman ni banyak membantu saya sepanjang berpuasa kali ni..Alhamdulillah tuhan gerakkan hati saya untuk consume 2 menda ni Ramadhan kali ni..serius saya akui, kedua2 nya sangat sedap especially Shaklee Cinch Cafe Latte Shake Mix tu..cukup dengan 2 scoops Shaklee Cinch Cafe Latte Shake Mix & semug lagi Shaklee Energy Tea tu, tak perlu nak makan menda lain..saya cukup bertenaga hingga ke waktu berbuka..tiada lagi sindrom melepek2 ni..tiada lagi sindrom penat, lapar..tak percaya kenalah mencuba, betol tak???..tak perlu nak susah2 nak cari pengedar Shaklee, click je link pengedar Shaklee yang saya serta kan ni, anda pasti tidak akan kecewa..percayalah..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

Tuesday, January 10, 2012

Jamal Abdiilah - Aku Maafkan Kamu Feat. Malique [OFFICIAL VIDEO]

ku tujukan lagu ni khas untuk seseorg... ;p



jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

Monday, January 9, 2012

Japanese Soft Cotton Cheese Cake




Japanese Soft Cotton Cheese Cake...a very moist cake, soft and sedap untuk dimakan..~hehehhehe(yek..yek je sedap..masuk bakul angkat sendiri..~hakhakhak)..tu kata members yang dah rasa kek tu la..dah lama tak buat cake, last buat cake ni before Raya Aidilfitri..tu pon sebab ada member order..alamak!!ingat nak letak gamba, tapi pendrive tak bawa la plak..tapi memang sedap..~~~yummylicious!!! ehhhhhh, tapi kenapa tetiba ingat cake ekkk???~hahahahhah..

 
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

Wednesday, December 28, 2011

Batu Caves

                    
                          
Dah tajuk pon Batu Caves, sudah semestinya la aku dan yasz amzah panjat Batu Caves kan..hurrmmm, jangan salah sangka ekk..kami tau di sana adalah kuil bagi kaum hindu tapi kami pergi tidak mempunyai niat apa-apa selain untuk melihat suasana di sana..lepas kami siap beraktiviti di FRIM, kami meneruskan perjalanan ke Batu Caves pula..ramainye la org..bermacam-macam jenis manusia ada di sana, bukan org india sahaja..pemandangan di sini cukup menarik..yang betul-betul menarik perhatian saya adalah struktur gua batu kapur di situ..Subhanallah, cantik betul..ni la keseronokan bila buat outdoor activity, kita dapat melihat keindahan ciptaan Yang Maha Esa..terasa kerdil diri ini bila tengok kekuasaan Nya..


jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

FRIM, Kepong

Ni aktiviti on 25th Dec 2011 hari tu..berdua je dengan yasz amzah..dah jadi ketagih dengan aktiviti outdoor pulak sekarang ni..tapi ada bagus juga sebab aku dapat lupakan hal2 hati yang memang tak patut untuk diratapi..kali ni, aku seperti diberi kekuatan dari dalam supaya lebih tabah menghadapi dugaan dan aku bersyukur sangat kerana kali ni, aku diberi olehnya seorang sahabat yang sudi meluang masa dengan aku untuk buat aktiviti luar supaya aku dapat lupa segala kesakitan yang aku alami..aku juga bersyukur sebab sahabat aku tu banyak memberi nasihat yang berguna buat aku..ok, berbalik pada FRIM tu, memang seronok..yuran masuk pon, tak la mahal sangat. Rm6 untuk masuk + parking..kami berjalan merentasi hutan kemudian kami juga mengambil peluang untuk menaiki canopy walk..yang ni kena bayar sket la..sekali naik rm5/person..ok la kan...??? tak la mahal sangat..gayat tapi seronok..serius, memang seronok sangat naik jambatan gantung ni..melihat kehijauan pokok-pokok yang susah nak jumpa di kawasan hutan batu seperti KL..terasa damai dan mengasyikkan..rasa nak duduk puas-puas sebelum sampai ke penamat jambatan tu..aku akan upload sikit gambar disini and for more photos, sila ke flickr aku..tapi belum upload lagi..~hekhek...dah upload nanti, aku bagi link ehhh..

            

                                     







jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya