Gegaran..ohhh tidak!!! Hari ni awal-awal pagi lagi housemate aku mengadu dia rasa gegaran di rumah sewa kami yang terletak di tingkat 20..aku memang tak rasa apa-apa masa tu sebab aku tengah turun tangga sebab lif apartment kami rosak dan amat menyedihkan bila orang-orang yang duduk tingkat bawah mementingkan diri sendiri..erm,, lupakan pasal orang-orang yang mementingkan diri sendiri tu..sekarang ni nak cerita gegaran yang dirasai tu..sampai ofis, aku check internet..mengikut sumber yang aku perolehi, ada gegaran berukuran 5.5 skala richter berlaku di Sumatera dan sesetengah kawasan di Perak, Selangor dan Melaka dapat rasa gegaran ni..oooo, betul la apa yang housemate aku rasa..dan baru 30 minit yang lepas, aku dan ofis mate ku rasa sebanyak 2 kali gegaran..kuat juga..rasa takut sangat..jangan la apa-apa berlaku..kali ni berapa lak magnitude gegaran tu dan di mana pula yang ada gempa..Ya Allah, selamatkan la kami..takutnya…
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
dah beberapa hari ni, kerja aku jadi blogwalker..seronok juga jadi blogwalker ni..g melawat dari satu rumah ke satu rumah secara maya..~heheheh..so far aku paling suka g rumah blogresipi..banyak resipi yang menarik boleh di perolehi di sana..selain tu aku ada gak g rumah-rumah yang disenaraikan di situ..seronok sesangat sebab semua nya berkongsi resepi masakan yang mereka buat..begitu teruja bila g uma mereka semua ni..pulak tu masak salah satu dari hobi aku, lagi la aku suka g uma diaorg ni..thanks to uols yang tak kedekut ilmu masakan..nak g jalan-jalan lagi neh..nak ikotttt???yokkk...yokkkk..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

“Sabar itu separuh dari iman”..ungkapan yang selalu didengari…bila dtimpa musibah atau halangan atau juga dugaan, pasti gengs akan selitkan ayat ni kan???...sabar itu mudah nak dituturkan tapi payah untuk dilaksanakan, ia memerlukan disiplin yang tinggi..tu ada sesetengah org, cepat je nak marah sebab tak cukup sabar..cakap pasal sabar ni, aku kadang-kadang rasa aku ni masih kurang tahap kesabaran.. ada masa aku boleh bersabar, tapi ada masa aku rasa macam dah tak sabar dah sebab dah muak dan jemu hadapi menda yang sama..~huhuhuhuh..naik bosan, tu yang nak mengarok je rasa..sesiapa yang pernah terkena tempias aku mengarok tu, minta maaf la yekkk..~heheheheheh..tapi jarang aku nak mengarok tak tentu pasal ni..biasanya kalau marah sesangat pon, aku diam je sebab malas nak layan..aku akan luahkan kemarahan aku pada gengs yang rapat atau pun cara paling tak menyusahkan org lain iaitu nangis..almaklum aku ni agak gembeng..hati tisu…~huhuhuhu.. payah nak pupuk sabar ke tahap yang tinggi..aku tabik spring la pada uols yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..kagum betul aku tengok..tahniah sebab uols mempunyai sifat sabar yang tinggi..harus + wajib menjadi contoh pada yang kurang sabar..~hehehehehhe..mari la kita sama-sama pupuk sifat sabar yang tinggi dalam diri kita…yokkkkk!!
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
ermmmmm...aku tau ramai di luar sana yang pandai berjimat cermat..tapi aku pasti dalam ramai-ramai makhluk tuhan kat luar sana, pasti ada juga yang agak boros berbelanja dan asyik fikir macam mana cara nak simpan duit..meh sini, aku kongsi kan cara yang aku rasa agak berkesan..aku pon dapat cara ni hasil dari pertanyaan ku dengan MR GOOGLE..kebanyakan dari tinjauan yang aku lakukan mengatakan bila dapat gaji, sila la simpan 10% atau lebih dari gaji tu dalam akaun khas macam asb, tabung haji atau pon akaun yang tidak mempunyai kad atm supaya susah nak diambil duit tu..dah lepas simpan tu, jangan pulak nak dipikir-pikirkan duit yang disimpan tu..lupakan dan anggap la duit tu tak wujud...kalau dipikir-pikirkan nanti, mula la gatal je tangan nak habiskan duit yang ada dalam tangan sebab dalam otak kita dah set kita masih ada simpanan yang boleh dikorek..~huhuhuhu kalau macam tu la gaya nya, sampai bila-bila la masih tak boleh nak menyimpan..tu salah satu cara la..selian tu, klu ada duit syiling masa proses jual beli tu, simpan la dalam tabung..nampak memang satu cara kolot tapi agak membantu geng..kalau sehari uols boleh simpan 50sen, sebulan ada juga dalam rm15, setahun ada juga rm180..banyak gak kan??? sapa nak bagi tu???..ada lagi satu cara seorg hamba Allah ni yang aku jumpa di internet, dia simpan setiap note rm5 yang dia terima..cukup bulan dia akan kira berapa note rm5 yang dia ada dan dia akan simpan dalam akaun bank..macam-macam kan cara nak menyimpan ni,cuma terpulang pada kita nak buat atau tidak jer..~heehheheeheh..kalau ada yang sudi nak cerita cara yang lebih baik, aku memang mengalu-alukan..sila lah,sila..aku excited nak tahu..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
nah..ni antara links yang aku dapat untuk korang yang berminat nak belajar cara buat bunga dip..kalau tak berminat nak buat tapi saje nak tahu, tak salah pon tok gi jengok blog depa ni..try la yek..mana tahu bila dah tengok tetiba terbit rasa nak buat tu..kalau tak buat untuk bisnes, mungkin boleh buat untuk diri sendiri atau adik beradik@family atau mungkin untuk kenalan rapat..tak gituuuu????
bungadip wordpress
bunga telor
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
tengok betol-betol...agak-agak teringin tak nak makan???macam dinosour kan bentok dia..~hehehehhe..erm..kalu uols dok dekat KL/PJ ni, mesti dah tak heran dah dengan menda alah nie..alahai, kalau di luar KL pon rasa nya mesti ada jual cuma nama je kot yang berbeza..nama menda alah ni dragon pizza..di jual di kedai makan MURNI..rege ehh???alamak!!!xhengat la pulak..rasa dia lebih kurang sama macam pizza jer..kalu teringin nak makan, satu hidangan ni boleh makan lebih dari 3 orang..agak muak sedikit so makan sedikit je dah cukup..~huhuhuu..dah lama tak pergi MURNI SS2..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
tengok la video tu, mana tahu boleh dapat idea bagaimana bunga dip ni dibuat..aku pon belajar dari tengok video dan rajin bertanya pada mereka yang dah ada pengalaman..so selamat mencuba yek semua..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
~hehehehehe..masih dengan mood nak buat kerangka bunga dip, malam tadi aku sambung buat kerangka bunga dip...dapat juga la dalam 50 keping kerangaka untuk aku buat daun nanti...mesti ada yang tanya, wat pe la buat kerangka banyak2...macam maharaja hati semalam tanya,"banyak nya awak buat kerangka, awak nak belajar ke nak buat bisnes???"...~hehehheheh..ala, tak salah kan kalau buat banyak-banyak..nanti boleh dijadikan hiasan..setakat buat sekuntum lepas tu tinggalkan ilmu tu, tak bagus juga..ok,cukup dulu untuk hari ni..besok lusa aku continue lagi yek..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
ehemmmm...ni bukan la post tentang cara buat bunga dip ye...cuma nak berkongsi aktiviti yang sedang di lakukan...~hehehehhe..apa yang best sangat ek???sebenarnya bukan la best mana tetapi keinginan untuk buat bunga dip tu meluap-luap dalam hati..so apa lagi...di tambah pula semalam ambil annual leave, terus je aku ke kedai di JALAN TAR untuk beli bahan-bahan bunga dip..dengan di temani kawan baik, aku pon pilih la bahan-bahan yang diperlukan dan yang sesuai dengan kaler tema yang ku pilih..mau rambang mata juga la untuk pilih kaler tema untuk permulaan buat bunga dip ni..kejap ambil kaler biru..kejap lagi rasa kaler ungu lagi best...pastu rasa nak ambil pink..mak aiiiiiiiiiiii, tak tahu nak pilih mana satu ni...rasa mahu je ambil semua kaler...~heehheheheh..at last aku pilih kaler biru...kaler pebret aku gak la..herm...setelah sampai je di rumah, tak sanggup nak buang masa, aku terus membentuk rangka-rangka bunga yang aku nak buat - bunga hydrangea dan bunga dip lily...begitu khusyuk aku membuat kerangka-kerangka bunga tu..boleh kata berjam-jam juga la aku melakukan kerja-kerja tersebut...dari pukul 5.30 petang hingga ke pukul 7 malam then rehat untuk bersihkan diri dan sembahyang..pukul 8 lebih aku sambung balik buat kerangka sampai pukul 10 lebih..khusyuk dan tawaduk aku buat..punya la excited kan..pada hal bukan untuk apa pun...saje nak belajar..~heheheheh...last2 bila dah siap kemas semua barang-barang, bila g wash room, terasa sakit sangat jari-jari aku bila kena air...sekali aku tengok jari-jari aku luka..patut la pon sakit jer bila kena air...tapi tak apa la...aku puas hati dalam 40% sebab aku dah buat kerangka bunga..tunggu sehingga weekend datang, baru aku akan dip kan kerangka-kerangka tersebut..tunggu yek...~ehheheheh...
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya