Wednesday, July 20, 2011

Bercuti bersama family tersayang

Pagi-pagi lagi dah dapat sms dari adik aku, suruh tengok tiket firefly dari jb ke kuching..katanya murah bermula dengan harga rm9 dan promosi end by today..aku pon semangat la pergi cari tiket dengan niat nak bawa ibu dan ayah kami berjalan-jalan ke kuching..tapi apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan..baru nak berangan pergi bercuti satu family..~huhuhuhuhu..belum ada rezeki kot..tunggu airasia buat jualan murah, aku pasti akan beli tiket untuk parents aku..asyik kami berdua je bercuti..sekali sekala teringin juga nak ajak ibu dan ayah kami bercuti..kesian mereka..dah puas berpenat lelah besarkan kami, sekali sekala gembirakan hati mereka, xsalah kan???

jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

Tuesday, July 19, 2011

Apam Polkadot


~heheheheh...dah lama nak upload gamba ni, tapi asyik lupa jer..ni sementara ada kesempatan ni, baik upload siap-siap..ni la hasil kerja tanganku..dah lama dok simpan niat nak buat, akhirnya dapat gak buat..ok tak??agak-agak mengiurkan tak??~ngeheheheheh..ada yang mahukan resepi???ok la, sila rujuk resepi di bawah ni yek...

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
• 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
• 275 gm tepung gandum
• 220 gm gula halus
• 150 ml susu segar@susu cair
• 3 sudu teh baking powder
• 1 sudu kecil ovalette
• filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
• pewarna


cara-cara nya :
1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
tips: pukul telur dgn gula dulu sampai kembang.masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette



resepi ni aku dapat dari rumah blogger juga..tapi terlupa siapa punya resepi..minta maaf kepada tuan resepi..yang pasti resepi ni boleh diguna pakai..all the best kepada uols yang nak mencuba...

jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya

durian oh durian


sana sini orang dok cite pasal durian..erm, durian ni memang la sedap...pebret aku...tapi skang ni aku tak heran orang-orang cite pasal durian walaupun aku hantu durian...dah puas rasa nya aku makan durian masa balik rumah atok ku hari tu..berbiji-biji aku balun..siap tapau lagi bawa balik..buktinya tengok la dalam gambar tu..durian yang tengah disusun untuk dibawa balik ke rumah orang tua aku..berbaloi balik rumah atok masa tu..pe tak nya dapat makan durian free..isi nya pon bagos-bagos..tu yang syiok makan tu..~yummmmyyyyyyy...~heheheheheheh..
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya