Apam Polkadot
~heheheheh...dah lama nak upload gamba ni, tapi asyik lupa jer..ni sementara ada kesempatan ni, baik upload siap-siap..ni la hasil kerja tanganku..dah lama dok simpan niat nak buat, akhirnya dapat gak buat..ok tak??agak-agak mengiurkan tak??~ngeheheheheh..ada yang mahukan resepi???ok la, sila rujuk resepi di bawah ni yek...
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
• 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
• 275 gm tepung gandum
• 220 gm gula halus
• 150 ml susu segar@susu cair
• 3 sudu teh baking powder
• 1 sudu kecil ovalette
• filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
• pewarna
cara-cara nya :
1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
tips: pukul telur dgn gula dulu sampai kembang.masukkan susu, tepung dan last sekali ovelette
resepi ni aku dapat dari rumah blogger juga..tapi terlupa siapa punya resepi..minta maaf kepada tuan resepi..yang pasti resepi ni boleh diguna pakai..all the best kepada uols yang nak mencuba...
jangan disia-sia kan setiap anugerah yang diberikan oleh Nya
Azie, ovalette tu ape bende? Nak try la buat apam camni, jom buat! :)
ReplyDeleteala, ovalette tu cake stabilizer la..yang warne dia kuning..klu ko p kedai kek@bahagian kek kat super market tu, mesti ada jual punya..klu ko rajin nak buat cheese cake @ cheese tart, let me know..aku leh bagi recipe klu ko nak..~heehheh..skang ni nak sangat buat red velvet cake tapi belum berkesempatan lagi..~huhuhuhuhu..
ReplyDelete